Saturday 17 September 2011

memahami diri

diri kita, tak ada orang yang akan faham. hanya kita dan Allah yang mampu tahu apa yang kita fikirkan. hanya kita yang tahu apa yang hati kita rasa saat ini. tapi perkara yang paling menyedihkan bila kita sendiri tak mampu nak faham diri kita. apa yang kita nak dalam hidup ini. dan itulah aku. kadang-kadang apa yang aku mahu itu berubah mengikut mood dan alam sekitar. pelik kan. ya. aku selalu rasakan yang diri aku ini sangat pelik. sampaikan kadang-kadang aku tak nak sifat ini wujud langsung dalam diri aku. biarkan sifat ini nyah dari hidup aku dan aku mampu hidup dengan aman dan selesa. tapi siapalah aku yang mampu membuang sifat dalam diri sesuka hati aku. semua itu kurniaan Allah kan. mesti ada kelebihannya. aku percaya itu.

No comments: