Saturday 17 September 2011

memahami diri

diri kita, tak ada orang yang akan faham. hanya kita dan Allah yang mampu tahu apa yang kita fikirkan. hanya kita yang tahu apa yang hati kita rasa saat ini. tapi perkara yang paling menyedihkan bila kita sendiri tak mampu nak faham diri kita. apa yang kita nak dalam hidup ini. dan itulah aku. kadang-kadang apa yang aku mahu itu berubah mengikut mood dan alam sekitar. pelik kan. ya. aku selalu rasakan yang diri aku ini sangat pelik. sampaikan kadang-kadang aku tak nak sifat ini wujud langsung dalam diri aku. biarkan sifat ini nyah dari hidup aku dan aku mampu hidup dengan aman dan selesa. tapi siapalah aku yang mampu membuang sifat dalam diri sesuka hati aku. semua itu kurniaan Allah kan. mesti ada kelebihannya. aku percaya itu.

Saturday 23 July 2011

permulaan sebuah kisah

Assalamualaikum..

aku memulakan blog ini dengan satu keyakinan yang blog ini mampu menjadi tempat aku menenangkan jiwa aku yang beremosi belakangan ini. dan aku juga harap, dengan blog ini aku mampu berkongsi kisah aku dan kamu semua mampu mengambil iktibar daripadanya. itu harapan aku.

untuk permulaan satu kisah, biar aku memperkenalkan serba sedikit tentang diri aku yang biasa-biasa ini. aku, seorang pelajar. hidup aku tak adalah berwarna- warni seperti orang lain. cuma aku still ada kisah aku tersendiri. aku seorang yang senang beremosi bila keseorangan. dan aku sangat bencikan kesunyian. dan kesunyian itulah yang selalu menemani aku. that why i hate being alone. 

untuk blog, aku memang ada blog yang lain. tapi sudah tidak ada ummmmphhh nya sebab orang mengenali aku. di sini, tiada siapa tahu siapa aku. aku bebas berkata-kata.bebas mengeluarkan pendapat. bebas meluahkan perasaan.dan aku mengharapkan komen-komen yang bakal hadir di sini adalah ikhlas semata-mata.